PENGENALAN TERHADAP KREATIVITI KANAK-KANAK
-
Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa
berada pada tahap kecemerlangan.
-
Setiap kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka dalam bentuk tahap
berbeza seperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan.
-
Kanak-kanak bebas untuk melahirkan sesuatu yang menarik, melahirkan
kebolehan kendiri dan membuat atau mereka cipta sesuatu perkara.
-
Kepentingan kreativiti dipupuk dari waktu kanak-kanak masih kecil lagi
kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran.
-
Menurut teori Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak dari bayi hingga
dewasa melalui empat peringkat iaitu peringkat sensorimotor, praoperasi,
operasi konkrit, operasi formal.
- Teori Vygotsky menyatakan bahawa setiap fungsi dalam perkembangan budaya kanak-kanak muncul dalam dua aras iaitu pada aras sosial dan aras individu.
PENDIDIKAN SENI KREATIF MERANGSANG IMAGINASI
KANAK-KANAK
·
Kemahiran motor halus dapat dipupuk dengan menggunakan latihan seni seperti
melukis mahupun menulis.
·
Objektif utama dalam pendidikan seni dan kreatif bagi pendidikan awal
kanak-kanak adalah untuk melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan dalam
menyelesaikan masalah mampu membuat penilaian dan bijak dalam membuat keputusan.
·
Pendidikan seni dan kreatif ini penting bagi meningkatkan prestasi
akademik serta merngeratkan hubungan antara ibubapa, penjaga dan guru.
·
Pembentukan diri kanak-kanak juga terbina kerana aspek pendidikan ini
melahirkan kreativiti dalam diri mereka selain merangsang perkembangan otak
kanak-kanak.
·
Melalui aktiviti seni dan kreatif ini kanak-kanak dapat meluahkan
perasaan mereka melalui seni seperti lukisan.
CIRI-CIRI
KREATIVITI KANAK-KANAK
1.
Penggunaan imaginasi
-Ianya sebagai
permainan mental yang melibatkan proses-proses berfikir dan perlakuan terhadap
satu objektif yang kreatif.
2.
Mempunyai tujuan
-Kandungan
imaginasi kreatif yang dihasilkan perlu mempunyai tujuannya yang tersendiri.
3.
Bersifat asli
-Hasil kerja
seorang individu perlulah tulen apabila dibandingkan dengan hasil kerjanya
sendiri yang lama.
4.
Bernilai
-Hasil kerja seseorang
individu perlulah dinilai dan berguna.
No comments:
Post a Comment