CARA
MENJAGA KESIHATAN
1.
MENGAMALKAN MAKANAN YANG SEIMBANG.
Ø Pemakanan
merupakan perkara yang penting untuk kesihatan diri sendiri dengan cara
mengambil pemakanan yang cukup untuk keperluan dalam tubuh badan. Sebagai
contoh, badan manusia memerlukan pemakanan dan vitamin yang cukup untuk
tumbesaran supaya badan sentiasa sihat dan cergas.
Ø Pengambilan
makanan seimbang adalah corak pemakanan yang mengutamakan jenis-jenis makanan
yang mengikut piramid makanan di mana kandungan yang berkhasiat menjadi elemen
utama dalam pemakanan seseorang. Hal ini, dapat membekalkan zat dan nutrien
yang berkhasiat untuk tumbesaran tubuh badan manusia.
Ø Seterusnya
dapat membantu penghasilan tenaga, pembuangan sisa toksik dalam badan dan
pelbagai lagi fungsi lain. Sebagai contoh, pengambilan diet yang mengandungi
produk tenusu seperti susu dan keju dapat menambah penghasilan kalsium dalam
badan dan menguatkan tulang dan gigi manusia.
Ø Untuk
mengamalkan makanan yang seimbang kita mestilah kurangkan makanan segera atau makanan
ringan yang mengandungi kolesterol, garam, gula dan lemak yang terlalu tinggi.
Sekiranya kita terlalu kerap makan makanan ringan atau segera, kita akan
mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi sebagai contoh:
·
Penyakit obesiti.
·
Diabetes.
·
Hipertensi.
·
Strok
Ø Makan secara
berlebihan atau tidak berkhasiat membuatkan badan menjadi berat, hati menjadi
keras, menghilangkan kecerdasan, membuat sering tidur dan lemah untuk
beribadah.
Kesimpulannya, pelbagai kepentingan yang akan diperoleh dengan
mengamalkan pemakanan seimbang. Oleh itu, ia akan meninggalkan kesan yang lebih
buruk kepada diri kita khasnya dari sudut kesihatan Bak kata pepatah, mencegah
itu lebih baik daripada merawat.
2.
MELAKUKAN AKTIVITI RIADAH.
v Aktiviti riadah
amatlah penting untuk kesihatan diri setiap individu kerana ia dapat
mengelakkan daripada mendapat sebarang penyakit yang merbahaya dan aktiviti
riadah dapat memberi manfaat pada fizikal dan mental kita.
v Antara aktiviti
riadah yang dapat memastikan kesihatan kita terjamin dan sentiasa sihat adalah
berjoging atau mengayuh basikal dalam tempoh paling kurang 30 minit sehari. Berjoging
atau mengayuh basikal dapat membuat sistem kardiologi dan stamina kita akan
menjadi lebih baik dan akan terhindar daripada penyakit-penyakit seperti
obesiti,penyakit jantung dan darah tinggi.
v Selain itu, bermain
badminton, tennis atau ping pong merupakan sukan-sukan yang menarik dan dalam
masa yang sama dapat menjaga kesihatan diri kita. Sukan-sukan seperti ini dapat
membuatkan tubuh badan kita berpeluh.
v Dengan cara ini
diri kita akan berada dalam keadaan yang sihat dan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti
seharian dengan sempurna.
3.
MENJAGA KEBERSIHAN DIRI DAN PERSEKITARAN.
Menjaga kebersihan diri melambangkan disiplin dan sikap seseorang
individu, atau dengan bahasa mudahnya rajin atau malas. Berikut ialah
kepentingan menjaga kebersihan diri:
1. Kebersihan diri tuntutan agama. Bagi orang Islam, kebersihan
ialah sebahagian daripada Iman.
2. Kebersihan diri adalah lambang sifat disiplin diri.
3. Mengurangkan risiko jangkitan penyakit.
4. Menjaga
penampilan diri dan membina keyakinan diri untuk bergaul dan berdepan dengan
masyarakat.
5. Mewujudkan suasana yang selesa.
Cara-Cara Menjaga Kebersihan Diri
1. Mandi Secara Teratur
§ Mandi dengan
menggunakan sabun dan bersihkan seluruh badan.
§ Cuci rambut
menggunakan syampu, sekurang-kurangnya seminggu 3 kali.
§ Berus kaki
dengan berus khas atau berus lembut untuk membersihkan kaki terutamanya setelah
anda melakukan aktiviti yang menyebabkan kaki kotor.
§ Lap badan dan
rambut dengan tuala bersih.
§ Pakai pakaian
yang bersih dan rapikan diri.
2. Bersihkan Gigi dan Mulut
§ Gosok gigi
sekurang-kurangnya 3 kali sekali iaitu pada waktu bangun tidur dan sebelum
tidur.
§ Digalakkan juga
untuk gosok gigi setiap kali selepas makan dan minum dan juga selepas makan
sesuatu yang boleh menyebabkan bau kurang enak pada mulut anda.
§ Bagi orang
Islam, antara Sunnah Rasulullah (SAW) ialah bersugi (menggosok gigi) setiap
kali sebelum berwuduk untuk menunaikan solat.
§ Lakukan rutin
pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memeriksaan keadaan
gigi kita dan jangan takut jumpa doktor gigi tau!
3. Cuci Tangan
Sebabnya cukup mudah. Apa-apa sahaja perkara dan aktiviti yang kita
lakukan seharian pastinya akan menggunakan tangan bukan? Jadi kita seharusnya
menitikberatkan kebersihan dengan kerap mencuci tangan.
Ini kerana tangan adalah anggota badan yang paling mudah kotor atau
dijangkiti kuman yang boleh menyebabkan penyakit berjangkit terkena pada diri
kita sendiri mahupun orang lain.
Contohnya ialah virus Covid-19, yang mana langkah penjagaan diri
yang paling perlu diutamakan ialah mencuci tangan dengan cara yang betul.
5. Cegah Bau Badan
§ Mandi dengan
sabun secara teratur, keringkan badan dengan tuala bersih dan pakai pakaian
yang bersih.
§ Anda juga boleh
menyembur minyak wangi sebagai tambahan untuk menyerlahkan penampilan diri dan
meningkatkan keyakinan diri.
6. Menjaga Kebersihan Pakaian
Tak kiralah di mana kita tinggal, rumah macam mana pun,
persekitaran macam mana pun, kebersihan tempat tinggal mesti kita utamakan.
Persekitaran Yang Sihat
-
Persekitaran sihat adalah persekitaran yang bebas daripada
unsur-unsur yang membahayakan kesihatan. Ini termasuk binatang dan serangga
pembawa penyakit seperti tikus, nyamuk, lalat dan lipas. Selain daripada itu,
unsur-unsur yang boleh mencemarkan air, makanan, udara, dan tanah juga
membahayakan kesihatan. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan setiap individu
untuk memahami, menghargai dan menyumbang kepada persekitaran bersih dan sihat.
Persekitaran bersih dan sihat penting untuk:
§ Memastikan
keperluan asas kehidupan kita seperti air, udara dan makanan sentiasa bersih
dan berterusan.
§ Mewujudkan
suasana yang indah dan menenangkan fikiran.
§ Menyumbang
kepada kesejahteraan emosi.
§ Mendorong
individu melakukan aktivit fizikal seperti beriadah dan senaman.
§ Menimbulkan
minat dan memberi keselesaan untuk bekerja dengan tekun.
§ Kebersihan
adalah tuntutan semua agama dan amat dihargai oleh semua ahli masyarakat agar
kita boleh meneruskan kehidupan yang sejahtera.
§ Amalkan
permbuangan sampah sarap yang sempurna seperti masukkan sampah ke dalam beg
plastik dan mengikat dengan kemas. Seterusnya masukkan sampah ke dalam tong
sampah dengan sempurna.
§ Sampah sarap
boleh juga ditanam. Elakkan pembakaran secara terbuka.
§ Kitar semula
bahan buangan seperti botol, tin dan surat khabar bagi mengurangkan sampah
sarap.
4. MENDAPATKAN
REHAT DAN TIDUR YANG CUKUP
û Kita
perlulah mempunyai rehat dan tidur yang cukup. Apabila badan bekerja seharian
tanpa rehat, maka sistem dalam badan akan terjejas dan menyebabkan badan berasa
lesu tidak bermaya.
û Seseorang
individu tidak mempunyai waktu rehat dan tidur yang cukup akan mendorong
dirinya kepada kemurungan, hilang tumpuan dan masalah kesihatan seperti strok,
diabetes, darah tinggi, sakit jantung dan barah tertentu.
û Tidur
penting untuk membantu otak berfungsi dengan lancar kerana apabila mendapatkan
tidur yang cukup, fungsi otak akan diproses secara teratur.
û Perlu
mewujudkan suasana tempat tidur yang selesa agar dapat memastikan dirinya untuk
tidur dan rehat yang cukup. Mengikut keselesaan masing-masing kerana setiap
manusia mempunyai rutin sebelum tidur yang berbeza.
5. MENJAGA HUBUNGAN SESAMA MANUSIA DENGAN ALLAH SWT
MENJALANI
PEMERIKSAAN KESIHATAN.
o
Kita perlulah sentiasa menjaga
kesihatan diri kerana ia sangat penting untuk kehidupan seharian kita. Dengan
cara sentiasa mengikuti ujian pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik yang
berdekatan.
o
Kebiasaannya, masyarakat pada zaman
sekarang kurang menitikberatkan tentang kesihatan diri kerana terlalu sibuk
dengan hal masing-masing.
o
Kita mestilah, mendapatkan
pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.
o
Hal ini, tubuh badan kita akan
sentiasa terjaga dan tidak mudah mendapat penyakit yang memudaratkan.
KESIMPULAN.
Kesimpulannya, setiap individu mempunyai tanggungjawab
memastikan kesihatan diri terjaga dengan menjaga waktu rehat dan tidur yang
mencukupi, penjagaan pemakanan yang seimbang, sentiasa melakukan aktiviti
riadah, menjalani pemeriksaan di klinik, menjaga hubungan sesama manusia dan
tuhan dan menjaga kebersihan diri dan juga persekitaran. Oleh itu, setiap
individu perlu memastikan kesihatan dirinya terhindar daripada mendapat
penyakit yang berbahaya agar dapat melahirkan individu yang mengamalkan gaya
hidup sihat dan kesihatan tubuh badan bebas daripada penyakit yang tidak
diiginkan.
No comments:
Post a Comment