Wednesday, November 30, 2022

TUNJANG KREATIVITI

 

PENGENALAN TERHADAP KREATIVITI KANAK-KANAK

-          Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada pada tahap kecemerlangan.

-          Setiap kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka dalam bentuk tahap berbeza seperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan.

-          Kanak-kanak bebas untuk melahirkan sesuatu yang menarik, melahirkan kebolehan kendiri dan membuat atau mereka cipta sesuatu perkara.

-          Kepentingan kreativiti dipupuk dari waktu kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran.

-          Menurut teori Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak dari bayi hingga dewasa melalui empat peringkat iaitu peringkat sensorimotor, praoperasi, operasi konkrit, operasi formal.

-          Teori Vygotsky menyatakan bahawa setiap fungsi dalam perkembangan budaya kanak-kanak muncul dalam dua aras iaitu pada aras sosial dan aras individu.

PENDIDIKAN SENI KREATIF MERANGSANG IMAGINASI KANAK-KANAK

·         Kemahiran motor halus dapat dipupuk dengan menggunakan latihan seni seperti melukis mahupun menulis.

·         Objektif utama dalam pendidikan seni dan kreatif bagi pendidikan awal kanak-kanak adalah untuk melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan dalam menyelesaikan masalah mampu membuat penilaian dan bijak dalam membuat keputusan.

·         Pendidikan seni dan kreatif ini penting bagi meningkatkan prestasi akademik serta merngeratkan hubungan antara ibubapa, penjaga dan guru.

·         Pembentukan diri kanak-kanak juga terbina kerana aspek pendidikan ini melahirkan kreativiti dalam diri mereka selain merangsang perkembangan otak kanak-kanak.

·         Melalui aktiviti seni dan kreatif ini kanak-kanak dapat meluahkan perasaan mereka melalui seni seperti lukisan.

 

CIRI-CIRI KREATIVITI KANAK-KANAK

 

1.      Penggunaan imaginasi

-Ianya sebagai permainan mental yang melibatkan proses-proses berfikir dan perlakuan terhadap satu objektif yang kreatif.

2.      Mempunyai tujuan

-Kandungan imaginasi kreatif yang dihasilkan perlu mempunyai tujuannya yang tersendiri.

3.      Bersifat asli

-Hasil kerja seorang individu perlulah tulen apabila dibandingkan dengan hasil kerjanya sendiri yang lama.

4.      Bernilai

-Hasil kerja seseorang individu perlulah dinilai dan berguna.

CONTOH RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI

 

RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI

 

MINGGU: 1

HARI/TARIKH: 5 DESEMBER 2022

MASA: 9.30-10.30

UMUR: 3-4 TAHUN

BIL.MURID: 9 Orang

TEMA: Sosioemosi

SUBTEMA: Emosi

TAJUK: Emosi saya

PENGETAHUAN SEDIA ADA:

1.      Kanak-kanak sudah mengenali eksperesi wajah.

2.      Kanak-kanak pandai meniru eksperesi wajah.

3.      Kanak-kanak pernah merasai perasaan kasih saying.

BIDANG PERKEMBANGAN:

1.      Perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian.

2.      Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal.

3.      Perkembangan kreativiti dan estestika.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN:

1.      Kanak-kanak dapat membuat mimik muka emosi yang sesuai mengikut situasi yang diberikan

2.      Kanak-kanak boleh menunjukkan reaksi muka mengikut bahan bantu mengajar yang dipilih

BAHAN:

·         Cawan plastik

TEMPAT/RUANG AKTIVITI: Ruang Manipulasi

LANGKAH MENGENDALIKAN AKTIVITI:

1.      Pendidik memberi salam kepada murid dan bersoal jawab dengan murid tentang emosi tersebut.

2.      Pendidik memasang lagu “Kalau Rasa Gembira” dan meminta kanak-kanak yang menyanyi bersama sama

3.      Pendidik menunjukan satu per satu kad bergambar dan menerangkan setiap reaksi muka emosi tersebut kepada kanak-kanak

4.      Pendidik memberikan bahan bantu mengajar kepada setiap kanak-kanak

5.      Pendidik memberikan situasi dan kanak-kanak perlu memutarkan cawan sehingga menunjukkan reaksi muka yang sesuai

6.      Kemudian, pendidik memulakan aktiviti. Pendidik meminta kanak-kanak memilih gambar emosi pada cawan dan melakonkan mimik muka emosi yang dipilih kepada rakan-rakan

7.      Akhir sekali, pendidik membuat rumusan dan memberi pujian kepada kanak-kanak atas apa yang mereka pelajari

 

REFLEKSI:-

·         Pendidik/Pengasuh: 

·         Terhadap Kanak-kanak: 

Cadangan Penambahan: 

 

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 


Kelas    : Saidina Umar AlKhattab 

Tarikh : 14/08/2022

Masa          : 9.30 Pagi – 10.30 Pagi. 

Umur          : 5 TAHUN

Bil. Murid      : 15 Orang.

Tajuk :  Kolaj.

Subtema :  Mari mengenal warna bendera Malaysia. 

Tunjang utama :   Perkembangan Fizikal dan Estetika.

Fokus :  KE 3.0 Seni Visual

Standard kandungan :  KE 3.3 Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya   seni (Ekspresi Kreatif) 

Standard pembelajaran : i) KE 3.3.3 Membuat corak dan rekaan mengikut kreativiti sendiri.

                                          ii) KE 3.3.4 Menghasilkan binaan kreatif. 

Kesepaduan tunjang        :  Tunjang Komunikasi. 

Objektif pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 

i) Mengenal warna pada bendera Malaysia. 

ii) Menjana idea seperti menampal kertas kecil yang berwarna pada gambar bendera Malaysia. 

Pengetahuan sedia ada :  Kanak-kanak pernah melihat bendera Malaysia di persekitarannya. 

Kemahiran berfikir : Menjana idea. 

Penerapan nilai : Bekerjasama, berdisiplin, bertolak ansur, yakin, kepatuhan, dan tekun. 

Bahan Bantu mengajar : Gambar bendera, bendera Malaysia, gam, kertas warna merah, biru, kuning, cawan kertas, doubletape dan lidi. 

Kosa kata : Bendera Malaysia. 




Refleksi :- 
- cadangan penambahbaikan
- terhadap guru
- terhadap kanak-kanak



Monday, October 31, 2022

CARA MELAHIRKAN KANAK-KANAK KREATIF

Cara untuk melahirkan kanak-kanak yang mampu membuat sesuatu yang baru atau menghasilkan produk inovasi ialah:


Antara cara untuk melahirkan kanak-kanak yang mampu membuat sesuatu yang baru atau menghasilkan produk inovasi ialah pendidik perlulah memberi peluang dan kebebasan kepada murid untuk melakukan eksplorasi dan percubaan bagi menghasilkan sesuatu karya yang baru. Hal ini demikian kerana, pemupukan pemikiran kreatif perlu disemai sejak kecil lagi. Misalnya, pendidik memberi kertas A4 kepada kanak-kanak agar mereka dapat menghasilkan sesuatu karya seperti contengan atau pun lukisan yang hanya mereka fahami apa yang mereka lukis. Dalam hal ini, pendidik perlulah bertanya tentang lukisan atau contengan mereka telah hasilkan dengan berkomunikasi dengan cara yang paling baik agar refleksi pemikiran kanak-kanak dapat berkembang serta mereka juga dapat mentafsir sendiri apa yang mereka lukis. 


Disamping ialah dengan menyediakan tempat atau persekitaran yang sesuai dan selesa untuk kanak-kanak belajar dan bermain seperti mengubah kawasan tersebut dengan pelbagai barangan sebagai contohnya barang kitar semula dan ajar mereka cara mengitar semula barangan terpakai serta menghias barangan tersebut di tempat yang sesuai. Dengan cara ini kanak-kanak dapat membuat benda baru dan menghasilkan produk inovasi yang melibatkan seni. Sebagai contohnya, menggunakan botol untuk menanam pokok, dan sebagainya. Semasa kanak-kanak melakukan pelbagai aktiviti, pendidik seharusnya sentiasa memerhatikan segala gerak geri kanak-kanak.


Seterusnya, semasa melukis sediakan beberapa jenis kanvas yang berbeza untuk memberi inspirasi kepada idea baru untuk kanak-kanak. Sebagai contohnya, potong beberapa bentuk pintu berwarna (hanya satu hujung untuk memastikan ia terbuka), angkat dan bagi kepada kanak-kanak untuk melukis apa yang mereka boleh bayangkan di belakang pintu. Ajar dan tunjuk cara untuk menggunakan kanvas pada mane tempat yang ingin digunakan kepada kanak-kanak. 


Selain itu, pemakanan yang sihat juga boleh dikaitkan juga dengan cara tersebut, caranya ialah pendidik seharusnya menekankan piramid makanan kanak-kanak sebelum makan supaya mereka tahu cara menjaga pemkanan yang sihat dan menyediakan hidangan yang sihat yang terkandung di dalam piramid makanan. Sebagai contohnya, buah buahan, telur, susu, bijirin, dan sebagainya. Selain memberi makanan yang sihat kepada kanak-kanak, pendidik juga boleh melakukan aktiviti dengan menggunakan makanan yang sihat seperti buah-buahan iaitu dengan tajuk “mari mengenal buah-buahan tempatan” dan sebagainya. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan dengan pemakanan sihat ini.                  

 


                                                    

Kepentingan perkembangan kreativiti kepada kanak-kanak ialah:


Kepentingan perkembangan kreativiti kanak-kanak pula ialah dapat melatih kanak-kanak membina idea sendiri. Dalam hal ini, kanak-kanak kreatif akan berupaya untuk membina, mencipta, dan menghasilkan sesuatu yang baru. Mereka akan mencuba dengan gaya dan teknik yang baru serta memanipulasikan idea mereka dengan pelbagai tindakan seperti kebiasaan atau berlainan daripada biasa. Apbila kanak-kanak itu seorang yang kreatif mereka akan cuba meneroka pelbagai pendekatan. Kreativiti dapat membantu kanak-kanak berimaginasi tinggi dan melangkaui batas pemikiran biasa. Misalnya, kanak-kanak sering bermain ‘olok-olok’ seperti berangan tinggal di istana kerana mereka sering melihat cerita-cerita dongeng di televisyen. Dengan itu, perkembangan kreativiti mereka dapat berkembang dengan lebih baik serta boleh mencipta sesuatu yang baru tanpa dibantu oleh orang lain. Kanak-kanak juga akan menghasilkan idea yang mereka telah lihat sebelum ini tanpa meniru seratus peratus idea tersebut tetapi mereka akan menghasilkan kreativiti tersendiri agar ciptaan mereka jauh lebih baik.


Kanak-kanak yang kreatif akan memiliki sikap keyakinan yang tinggi. Mereka dapat menggunakan pendekatam yang lebih fleksibel mengikut situasi yang sesuai. Selain itu, kanak-kanak akan lebih berdikari untuk menyelsaikan masalah mengikut kreativiti mereka sendiri tanpa meminta bantuan daripada orang lain. Kanak-kanak akan sentiasa mempunyai kekuatan perasaan emosi serta boleh berfikir dan bertindak yang tidak berasaskan logik kerena logik adalah bersifat penilaian. Pendidik perlu melakukan sesuatu aktiviti yang memberi peluang untuk kanak-kanak menyampaikan perasaan, karya dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara. Contoh aktiviti yang menggalakkan mereka berfikir ialah melukis kerana selepas melukis kanak-kanak akan mempamerkan hasil kerja mereka supaya mereka berpuas hati dengan hasil kerja yang mereka telah lakukan.


Selain itu, lukisan bukan sahaja menterjemah melalui lukisan pada kertas dan pen berwarna tetapi juga boleh mengajak kanak-kanak melukis pada pasu bunga, kotak dan pelbagai medium lain yang sedia ada. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak boleh membayangkan sesuatu di sekelilingnya. Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga boleh mencungkil bakat seni yang ada pada kanak-kanak.


Seterusnya, menjaga pemakanan yang sihat sangat penting terhadap kanak-kanak kerana dapat membina otot dan tulang yang kuat. Semasa kanak-kanak membesar dan berkembang die menjadi semakin semangan dan aktif. Kanak-kanak yang aktif memerlukan otot yang sihat untuk memastikan pergerakannya selamat. Pendidik dan ibu bapa perlu memastikan kanak-kanak memakan makanan yang mengandungi jumlah kalsium dan vitamin C dan D yang mencukupi. Nutrient ini boleh didapati dalam susu dan produk tensusu seperti keju dan yogurt. Makanan yang sihat dapat menjamin kesihatan yang lebih baik dan kesihatan yang baik dapat melahirkan kehidupan yang harmoni. 


TEORI WILLIAM GLASSER

 PENGENALAN

William Glasser merupakan seorang psikiatari dan pakar pendidikan. Pada 1984, William glasser telah memperkenalkan teori kawalan yang membincangkan tentang proses tingkah laku dari sudut psikologi dan fisiologi yang berkenaan dengan keperluan manusia. William glasser membuat pendapat tentang proses perubahan manusia, ia merupakan sumber yang penting dalam “psychological community”. Pada 1950, ramai pengamal dan penyelidik menonjolkan kebolehan manusia bagi memilih dan mengawal sikap, perasaan dan tingkah laku. Terapi realiti bermula ketika teori Pemusatan Klien, Existensial dan Gestalt sedang berkembang pesat. 

William glasser merupakan seorang ahli psikologi di California pada tahun1965. Terapi ini menekankan bahawa manusia mempunyai kebebasan dalam melaksanakan pilihan dan bertanggungjawab terhadap pilihan tersebut. Secara keseluruhannya terapi ini berorientasikan tingkah laku yang melibatkan komponen berfikir, merasa, melakukan dan fisiologi. Terapi ini mementingkan konsep “Meltal Illness” atau sakit jiwa yang dipelopori oleh teori psikoanalisis. Matlamat realiti adalah untuk menyediakan persekitaran yang boleh membantu klien bagi melatih kakuatan psikologi bagi menilai dan menghargai tingkah laku kini.

Teori pilihan telah menambahbaikkan dengan memasukkan keperluan asas, kualiti dan kreativiti. Asas utama teori pilihan adalah setiap tingkah laku yang dilakukan oleh individu berdasarkan pilihan yang dibuat. Ia digabungkan dengan konsep pengurusan tingkah laku secara kritikal kepada pengurusan bilik darjah. Keperluan psikologi diperlukan untuk mendorong tingkah laku individu ke arah yang lebih penting ataupun lebih baik. Contohnya, individu bertanggungjawab terhadap tingkah laku sendiri iaitu seperti tingkah laku kasih sayang, mempunyai kuasa dan kawalan, kebebasan dan keseronokkan. 

Akhir sekali, kakuatan yang wujud pada model ini menurut choong ialah mengeluarkan penekanan terhadap disiplin kendiri berbanding dengan hukuman. Hal ini memberi fokus kepada pembentukan nilai murni yang terdapat pada diri sendiri. Kelemahan dalam model ini iaitu dari segi penukaran nama yang boleh mendatangkan kekeliruan. Nama pada awalnya adalah terapi realiti ditukarkan kepada teori kawalan dan kemudian dikenali dengan teori kawalan. Bukan itu sahaja, disebabkan murid belum memiliki emosi dan psikologi yang tidak matang. Perkara ini menyukarkan mereka menyelesaikan masalah yang mereka alami. 

PENDEKATAN YANG DIPERKENALKAN OLEH WILLIAM GLESSER

Pendekatan yang diperkenalkan berkembang sebagai reaksi tidak puas Glesser terhadap pendekatan utama dalm kauseling dan psikoterapi yang dianggap kurang berguna dalam mengutamakan kaunselor. Pendekatan utama yang wujud adalah terlalu menekankan masa lalu dan tidak sedar sehingga mengambil masa yang lama. William Glesser membangunkan pendekatan tersebut dengan lebih semangat untuk mencapai target yang diinginkan. 

Seterusnya, semua tingkah laku manusia dibentuk oleh tindakan, pemikiran, perasaan dan keadaan fisiologi. Empat perkara ini membentuk semua tingkah laku tersebut dalam diri setiap manusia. Sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai perasaan marah, seperti tindakan yang dilakukan ialah memukul meja dan menjerit. Dalam keadaan fisiologi pula, dari segi bentuk muka akan menjadi merah apabila mempunyai perasaan marah, mata membonjol dan kadar denyutan jantung yang meningkat. Sebagi contoh, perasaa marah ini boleh dikawal apabila seseorang yang disayangi melakukan perbuatan yang disukakan oleh individu tersebut seperti bercakap dengan lemah lembut dan sebagainya. 

Akhir sekali, tujuan utama pendekatan ini adalah untuk membantu menghubungkan seseorang individu dengan orang lain seperti mengeratkan hubungan dengan persekitaran bagi menggalakkan pencapaian dunia yang berkualiti. Contohnya, seorang pelajar suka ponteng sekolah kerana merasakan sekolah tidak penting kerana ibu bapanya tidak pernah menghargai pembelajarannya. Realiti kaunseling berhubung dengan contoh diatas yang berkenaan dengan menggalakkan individu mencapai identiti yang berjaya dan berkesan. 


KESIMPULAN

Berdasarkan huraian diatas, bagi mewujudkan suasana kelas yang berkualiti dan mengelak masalah disiplin dalam kalangan murid. Dengan cara itu, guru dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama murid-murid dengan baik. Kelemahan yang berlaku pada model ini ialah penukaran nama dari terapi realiti ditukarkan kepada teori terapi kawalan. Juga susah untuk murid menyelesaikan masalah yang mereka dialami kerana mereka tidak mempunyai emosi dan psikologi yang matang. Akhir sekali, mengeratkan hubungan individu dengan persekitaran bagi menggalakkan pencapaian dunia yang berkualiti. 


CARA MENJAGA KESIHATAN KANAK-KANAK

 

CARA MENJAGA KESIHATAN

1.      MENGAMALKAN MAKANAN YANG SEIMBANG.



Ø  Pemakanan merupakan perkara yang penting untuk kesihatan diri sendiri dengan cara mengambil pemakanan yang cukup untuk keperluan dalam tubuh badan. Sebagai contoh, badan manusia memerlukan pemakanan dan vitamin yang cukup untuk tumbesaran supaya badan sentiasa sihat dan cergas.

Ø  Pengambilan makanan seimbang adalah corak pemakanan yang mengutamakan jenis-jenis makanan yang mengikut piramid makanan di mana kandungan yang berkhasiat menjadi elemen utama dalam pemakanan seseorang. Hal ini, dapat membekalkan zat dan nutrien yang berkhasiat untuk tumbesaran tubuh badan manusia.

Ø  Seterusnya dapat membantu penghasilan tenaga, pembuangan sisa toksik dalam badan dan pelbagai lagi fungsi lain. Sebagai contoh, pengambilan diet yang mengandungi produk tenusu seperti susu dan keju dapat menambah penghasilan kalsium dalam badan dan menguatkan tulang dan gigi manusia.

Ø  Untuk mengamalkan makanan yang seimbang kita mestilah kurangkan makanan segera atau makanan ringan yang mengandungi kolesterol, garam, gula dan lemak yang terlalu tinggi. Sekiranya kita terlalu kerap makan makanan ringan atau segera, kita akan mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi sebagai contoh:

·         Penyakit obesiti.

·         Diabetes.

·         Hipertensi.

·         Strok

Ø  Makan secara berlebihan atau tidak berkhasiat membuatkan badan menjadi berat, hati menjadi keras, menghilangkan kecerdasan, membuat sering tidur dan lemah untuk beribadah.

Kesimpulannya, pelbagai kepentingan yang akan diperoleh dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Oleh itu, ia akan meninggalkan kesan yang lebih buruk kepada diri kita khasnya dari sudut kesihatan Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada merawat.

 

2.      MELAKUKAN AKTIVITI RIADAH.



v  Aktiviti riadah amatlah penting untuk kesihatan diri setiap individu kerana ia dapat mengelakkan daripada mendapat sebarang penyakit yang merbahaya dan aktiviti riadah dapat memberi manfaat pada fizikal dan mental kita.

v  Antara aktiviti riadah yang dapat memastikan kesihatan kita terjamin dan sentiasa sihat adalah berjoging atau mengayuh basikal dalam tempoh paling kurang 30 minit sehari. Berjoging atau mengayuh basikal dapat membuat sistem kardiologi dan stamina kita akan menjadi lebih baik dan akan terhindar daripada penyakit-penyakit seperti obesiti,penyakit jantung dan darah tinggi.

v  Selain itu, bermain badminton, tennis atau ping pong merupakan sukan-sukan yang menarik dan dalam masa yang sama dapat menjaga kesihatan diri kita. Sukan-sukan seperti ini dapat membuatkan tubuh badan kita berpeluh.

v  Dengan cara ini diri kita akan berada dalam keadaan yang sihat dan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti seharian dengan sempurna.

 

3.      MENJAGA KEBERSIHAN DIRI DAN PERSEKITARAN.



Menjaga kebersihan diri melambangkan disiplin dan sikap seseorang individu, atau dengan bahasa mudahnya rajin atau malas. Berikut ialah kepentingan menjaga kebersihan diri:

1. Kebersihan diri tuntutan agama. Bagi orang Islam, kebersihan ialah sebahagian daripada Iman.

2. Kebersihan diri adalah lambang sifat disiplin diri.

3. Mengurangkan risiko jangkitan penyakit.

4. Menjaga penampilan diri dan membina keyakinan diri untuk bergaul dan berdepan dengan masyarakat.

5. Mewujudkan suasana yang selesa.

Cara-Cara Menjaga Kebersihan Diri

1. Mandi Secara Teratur

§  Mandi dengan menggunakan sabun dan bersihkan seluruh badan.

§  Cuci rambut menggunakan syampu, sekurang-kurangnya seminggu 3 kali.

§  Berus kaki dengan berus khas atau berus lembut untuk membersihkan kaki terutamanya setelah anda melakukan aktiviti yang menyebabkan kaki kotor.

§  Lap badan dan rambut dengan tuala bersih.

§  Pakai pakaian yang bersih dan rapikan diri.

2. Bersihkan Gigi dan Mulut

§  Gosok gigi sekurang-kurangnya 3 kali sekali iaitu pada waktu bangun tidur dan sebelum tidur.

§  Digalakkan juga untuk gosok gigi setiap kali selepas makan dan minum dan juga selepas makan sesuatu yang boleh menyebabkan bau kurang enak pada mulut anda.

§  Bagi orang Islam, antara Sunnah Rasulullah (SAW) ialah bersugi (menggosok gigi) setiap kali sebelum berwuduk untuk menunaikan solat.

§  Lakukan rutin pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memeriksaan keadaan gigi kita dan jangan takut jumpa doktor gigi tau!

3. Cuci Tangan

Sebabnya cukup mudah. Apa-apa sahaja perkara dan aktiviti yang kita lakukan seharian pastinya akan menggunakan tangan bukan? Jadi kita seharusnya menitikberatkan kebersihan dengan kerap mencuci tangan.

Ini kerana tangan adalah anggota badan yang paling mudah kotor atau dijangkiti kuman yang boleh menyebabkan penyakit berjangkit terkena pada diri kita sendiri mahupun orang lain.

Contohnya ialah virus Covid-19, yang mana langkah penjagaan diri yang paling perlu diutamakan ialah mencuci tangan dengan cara yang betul.

5. Cegah Bau Badan

§  Mandi dengan sabun secara teratur, keringkan badan dengan tuala bersih dan pakai pakaian yang bersih.

§  Anda juga boleh menyembur minyak wangi sebagai tambahan untuk menyerlahkan penampilan diri dan meningkatkan keyakinan diri.

6. Menjaga Kebersihan Pakaian

Tak kiralah di mana kita tinggal, rumah macam mana pun, persekitaran macam mana pun, kebersihan tempat tinggal mesti kita utamakan.

Persekitaran Yang Sihat



-          Persekitaran sihat adalah persekitaran yang bebas daripada unsur-unsur yang membahayakan kesihatan. Ini termasuk binatang dan serangga pembawa penyakit seperti tikus, nyamuk, lalat dan lipas. Selain daripada itu, unsur-unsur yang boleh mencemarkan air, makanan, udara, dan tanah juga membahayakan kesihatan. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan setiap individu untuk memahami, menghargai dan menyumbang kepada persekitaran bersih dan sihat. Persekitaran bersih dan sihat penting untuk:

§  Memastikan keperluan asas kehidupan kita seperti air, udara dan makanan sentiasa bersih dan berterusan.

§  Mewujudkan suasana yang indah dan menenangkan fikiran.

§  Menyumbang kepada kesejahteraan emosi.

§  Mendorong individu melakukan aktivit fizikal seperti beriadah dan senaman.

§  Menimbulkan minat dan memberi keselesaan untuk bekerja dengan tekun.

§  Kebersihan adalah tuntutan semua agama dan amat dihargai oleh semua ahli masyarakat agar kita boleh meneruskan kehidupan yang sejahtera.

§  Amalkan permbuangan sampah sarap yang sempurna seperti masukkan sampah ke dalam beg plastik dan mengikat dengan kemas. Seterusnya masukkan sampah ke dalam tong sampah dengan sempurna.

§  Sampah sarap boleh juga ditanam. Elakkan pembakaran secara terbuka.

§  Kitar semula bahan buangan seperti botol, tin dan surat khabar bagi mengurangkan sampah sarap.


4.      MENDAPATKAN REHAT DAN TIDUR YANG CUKUP



û  Kita perlulah mempunyai rehat dan tidur yang cukup. Apabila badan bekerja seharian tanpa rehat, maka sistem dalam badan akan terjejas dan menyebabkan badan berasa lesu tidak bermaya.

û  Seseorang individu tidak mempunyai waktu rehat dan tidur yang cukup akan mendorong dirinya kepada kemurungan, hilang tumpuan dan masalah kesihatan seperti strok, diabetes, darah tinggi, sakit jantung dan barah tertentu.

û  Tidur penting untuk membantu otak berfungsi dengan lancar kerana apabila mendapatkan tidur yang cukup, fungsi otak akan diproses secara teratur.

û  Perlu mewujudkan suasana tempat tidur yang selesa agar dapat memastikan dirinya untuk tidur dan rehat yang cukup. Mengikut keselesaan masing-masing kerana setiap manusia mempunyai rutin sebelum tidur yang berbeza.

 

5. MENJAGA HUBUNGAN SESAMA MANUSIA DENGAN ALLAH SWT


 Kesihatan tubuh badan kita merupakan nikmat yang diberikan oleh Allah untuk kita melakukan ibadah kepada-Nya.

 

- Segala tindakan menzalimi, menganiayai, dan memudaratkan adalah diharamkan di dalam Islam. 
- Hubungan sesama manusia perlulah dititikberatkan juga untuk mengelakkan sesuatu yang memudaratkan kepada kesihatan tubuh badan manusia. Misalnya, mereka yang sengaja menceroboh ke atas nyawa sehingga yang mencederakan anggota tubuh badan. 
- Oleh itu, kita perlulah menjauhi larangan Allah agar dapat memelihara kesihatan dengan sebaik-baiknya.    

MENJALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN.



o   Kita perlulah sentiasa menjaga kesihatan diri kerana ia sangat penting untuk kehidupan seharian kita. Dengan cara sentiasa mengikuti ujian pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik yang berdekatan.

o   Kebiasaannya, masyarakat pada zaman sekarang kurang menitikberatkan tentang kesihatan diri kerana terlalu sibuk dengan hal masing-masing.

o   Kita mestilah, mendapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.

o   Hal ini, tubuh badan kita akan sentiasa terjaga dan tidak mudah mendapat penyakit yang memudaratkan.

 

KESIMPULAN.

Kesimpulannya, setiap individu mempunyai tanggungjawab memastikan kesihatan diri terjaga dengan menjaga waktu rehat dan tidur yang mencukupi, penjagaan pemakanan yang seimbang, sentiasa melakukan aktiviti riadah, menjalani pemeriksaan di klinik, menjaga hubungan sesama manusia dan tuhan dan menjaga kebersihan diri dan juga persekitaran. Oleh itu, setiap individu perlu memastikan kesihatan dirinya terhindar daripada mendapat penyakit yang berbahaya agar dapat melahirkan individu yang mengamalkan gaya hidup sihat dan kesihatan tubuh badan bebas daripada penyakit yang tidak diiginkan.